Posts

Ruang Hobi Sejagat

Image
 Assalamualaikum semua! Bertemu lagi kita dalam blog setahun sekali. Tempat korang hujan ke panas tu? Tempat aku ni setiap petang hujan, alhamdulillah rasa tenang nak buat blog.     Untuk blog kalini aku nak kongsikan mengenai hobi. Dalam kehidupan manusia, hobi bukan sekadar aktiviti sampingan. Ia adalah ruang untuk berehat, mengekspresikan diri dan juga mencari keseimbangan dalam rutin harian kita. Ada orang memilih hobi yang tenang seperti berkebun atau melukis, ada pula yang mengejar adrenalin melalui sukan lasak dan cabaran fizikal.      Agak-agak korang lah apa hobi aku. Cepat teka. Aku bagi masa dalam 5 saat. 1,2,3,4,5 trettttt. Masa dah habis. Jangan menaip lagi. Sebenarnya, aku ada 2 hobi cuma hobi pertama tiada siapa yang tahu. Kalau cikgu-cikgu tanya, aku hanya ceritakan hobi kedua. Sebab kalau aku ceritakan hobi pertama, hati aku rasa sakit hahaha berdrama ek aku ni. Takde lah, cuma aku takde sokongan untuk buat hobi pertama. Jadi, aku hanya ter...

Before end 2025

Image
Hai semua! Sihat ke tu? Sekejap je dah bulan 9, lagi 3 bulan dah nak masuk tahun baru. Rasa macam cepat sangat lah masa berlalu.       Harini aku tetiba rajin nak buat blog tapi aku takde idea. Tajuk pun aku tak tau nak letak apa. Boleh tak kalau tak nak letak tajuk, biar kosong macam tu je. Aku nak temenung sekejap, mana lah tau tetiba ada idea. (10 HOURS LATER) Okay aku dah dapat idea! Jadi korang baca lah apa yang aku nak ceritakan ni.      Waktu sekolah rendah, apabila cikgu-cikgu tanya “Apa cita-cita awak?”. Maka dengan yakin, aku menjawab “Saya nak jadi polis, cikgu.” Rasa kelakar pula bila teringat balik. Kenapa kelakar? Sebab aku tak dapat pun jadi polis. Mungkin aku terlalu comel. Takut nanti penjenayah jatuh hati. Takpe lah aku pun dah redha. Sekarang, aku sedang menceburi dalam bidang pelancongan walaupun aku tak pernah terfikir nak ambil bidang ni. Bila aku masuk bidang ni aku rasa tercabar dan aku memang suka dengan cabaran. Sebelum aku m...

Bye 2024

Image
Hi semua! Sihat ke tu? Tinggal beberapa hari saja nak masuk tahun 2025. Tapi aku masih tak tahu nak buat blog apa huhu. Idea tu dah ada tapi otak aku ni tak dapat nak beri kerjasama untuk karang ayat. Sekarang ni pun aku sibuk dengan kerja, tak sempat nak buat blog. Balik rumah jarang buka phone. Kalau cuti lagi lah memang tak pegang phone langsung. Kita ni memanfaatkan cuti dengan qada tidur hahaha. Harini aku free, so nak buat blog lah.     Tahun 2024, bagi aku tahun yang biasa je. Nak kata mencabar pun takde lah mencabar sangat. Aku tak suka serabut, kalau ada cabaran pun aku layan je. Alhamdulillah, tahun ini dapat juga capai salah satu impian aku. Macam biasa dalam hidup ini, ada kalanya seronok, sedih, tertekan macam-macam lah. Apa-apa pun kehidupan ini mestilah teruskan. Kalau rasa stress, buatlah benda yang korang suka, boleh kurangkan stress. Contohnya, tidur, dengar lagu, bersukan dll.      -Azam tahun 2025?  Azam aku untuk tahun 2025, aku nak bel...

TAMAT

Image
Selasa, 21 Jun 2022.     Tamatlah tanggungjawabku sebagai seorang pelajar tingkatan 6 di SMK Dato' Bentara Luar. Akhirnya, 2 tahun aku kuatkan diri untuk habiskan tingkatan 6.  Sepatutnya batch 20/21 habis bulan 12 tahun lepas tapi disebabkan kes covid makin meningkat, kami terpaksa extend sehingga bulan 6. Banyak ujian dan cabaran yang aku perlu hadap terutama sekali waktu online class, satu ape aku tak faham. Pengajian Am belajar bersemuka pun aku tak faham inikan pula belajar secara online. Sejujurnya, masa sem 2 aku memang nak berhenti tapi bila fikir balik rasa menyesal pulak, lagi sikit je nak habis. Haih otak ni rasa nak pecah. Alhamdulillah, aku dapat kuatkan mental sehinggalah sekarang .      Aku bersyukur dikelilingi dengan kawan yang baik, supportive dan paling penting jenis masuk air. Kadang tengok muka diorang pun boleh rasa nak tergelak, biasalah mudah terhibur memang macam ni. Terus hilang stress aku. Aku dah anggap diorang ni macam adik bera...

Jom masuk form 6!

Image
Hi semua! dengar dengar result spm dah nak keluar, mesti ada yang pening tak tau nak sambung belajar kat mana. “Nak amik form 6 ke diploma ek hm? kata orang form 6 susah, ada yang kata form 6 ni takde masa depan hm macam mana ni.” Sudah jangan pening-pening, meh aku nak bagitau ni kelebihan masuk form 6.    Ouh ya sebelum tu aku nak cerita sikit la pasal form 6 ni. Form 6 atau dikenali melalui nama peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM adalah kursus pra-universiti yang diajar di beberapa sekolah menengah dan Kolej Tingkatan 6 di seluruh Malaysia. Program ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan ia mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat 2 jenis jurusan iaitu jurusan kemanusiaan dan jurusan sains.  Ha dah tau kan apa tu form 6. Jom kita tengok pulak kelebihannya: 1) Kos pengajian yang murah. Ni la salah satu sebab kenapa aku amik form 6. Kosnya tak sampai beribu pun dalam 200 ke 100 gitu la untuk jurusan kemanusiaan, kalau jurus...

Muffin Pisang

Image
               Assalamualaikum semua, sorry la dah lama tak buat blog hehe busy lah. So, harini macam biasa aida nak share resipi muffin pisang. Bila lapar bole la buat, lagi-lagi musim cuti sekolah ni kan asik nak makan jek hehe. Okay jom kita mulakan. Bahan-bahannya: 1)Pisang 2 cawan (wajib ada) 2)Telur 2 biji 3)Tepung gandum 3 cawan 4)Gula 1 cawan 5)Esen vanilla 1 penutup 6)Serbuk baking powder 1 sudu teh 7)Minyak masak 1 cawan 8)Margerin(sapu pada loyang) Ha bila semua bahan dah ada bole la kita buat muffin pisang, sebelum tu sediakan bahan dulu supaya tak serabut. Okay jom tengok cara-caranya: 1)Tepung dan serbuk baking powder diayak. 2)Telur, gula , pisang dan esen vanila diblend sampai kembang. 3)Bahan yang dah diblend tu masukan dalam mangkuk adunan. Masukan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit dan gaul sampai habis tepung . 4)Masukan minyak masak. Kacau perlahan lahan sampai adunan sebati. 5)Panas kan oven ...

Apam Nasi Selembut Hatiku

Image
Assalamualaikum! Hai uolls!     Haa siapa dekat sini tak tau nak buat apa dengan lebihan nasi. Takkan  hari-hari nak masak nasi goreng boring lah kan. Nak buang sayang hm rasanya apa yang boleh kita buat dengan nasi lebih ni ek?       Harini aku nak kongsikan resepi kuih apam nasi! Haih sedapnya kalau cicah dengan kelapa ! Jom kita tengok apa bahan-bahannya : 1) 2 cawan nasi 2) 2 1/2 cawan air 3) 1 1/2 cawan gula 4) 2 cawan tepung beras 5) 2 cawan tepung gandum 6) 1 paket kecil mauripan Cara-caranya : 1) Semua bahan masuk dalam blender. 2) Perap selama 1-2 jam (kalau nak lagi gebu perapkan selama 2 jam). 3) Guna acuan kecik dan sapukan minyak pada acuan tersebut. 4) Kukus selama 10-15 minit.  Kepada sesiapa yang tak tau pengukus, ini lah benda nya                             Ini adunan yang telah diperap selama 2 jam   Okay ini i...