Jom masuk form 6!
Hi semua! dengar dengar result spm dah nak keluar, mesti ada yang pening tak tau nak sambung belajar kat mana. “Nak amik form 6 ke diploma ek hm? kata orang form 6 susah, ada yang kata form 6 ni takde masa depan hm macam mana ni.” Sudah jangan pening-pening, meh aku nak bagitau ni kelebihan masuk form 6.
Ouh ya sebelum tu aku nak cerita sikit la pasal form 6 ni. Form 6 atau dikenali melalui nama peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM adalah kursus pra-universiti yang diajar di beberapa sekolah menengah dan Kolej Tingkatan 6 di seluruh Malaysia. Program ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan ia mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat 2 jenis jurusan iaitu jurusan kemanusiaan dan jurusan sains.
Ha dah tau kan apa tu form 6. Jom kita tengok pulak kelebihannya:
1) Kos pengajian yang murah.
Ni la salah satu sebab kenapa aku amik form 6. Kosnya tak sampai beribu pun dalam 200 ke 100 gitu la untuk jurusan kemanusiaan, kalau jurusan sains aku rasa sama. Duit pengajian ni pun aku sendiri yang bayar guna duit kerja. So, aku tak lah susahkan mak dengan ayah aku. Lagi satu masuk form 6 ni tak payah nak berhutang dengan PTPTN.
2)Tempoh pengajian yang singkat.
Form 6 ni belajar dalam setahun setengah saja dan korang boleh terus sambung degree. Tak lama pun. Pejam celik pejam celik dah habis.
3)Peluang masuk universiti tempatan lebih cerah.
Nape aku cakap macam tu sebab kaki sebelah ni dah masuk universiti tinggal lagi sebelah je. Jadi, kau kena lah usaha masukkan kaki sebelah. Bagi aku nak lulus form 6 ni, sudah tentu kita kena hormat cikgu, banyakkan bertanya dan kerja kursus kena buat betul-betul.
4)Pakaian smart casual.
Kalau dulu form 6 kena pakai baju sekolah tau masa akak aku baju dengan tudung warna kuning cair, kain hitam uish memang kelakar. Nasib sekarang dah ubah pakai smart casual. Lelaki kena pakai kemeja dengan seluar hitam, perempuan Islam pakai baju kurung. Untuk yang bukan Islam pakai kemeja dengan kain hitam panjang. Best tau jadi pelajar form 6 ni selalu orang ingat kita ni cikgu hahahaha aduhai.
5)Subjek majoriti 4/5 kertas.
Form 6 ni subjek sama macam form 5 ada add math, perniagaan, ekonomi, bahasa arab dan lain-lain lagi. Tapi tak semua subjek ada di sekolah. Dulu aku ingat semua sekolah ada banyak subjek rupanya mereka dah tertentukan subjeknya. Contoh, sekolah aku ada subjek bahasa melayu, pengajian perniagaan, seni, ekonomi, bio, kimia dengan fizik. Kalau sekolah lain ada add math, sains sukan, sejarah, usul dll. Form 6 ni ada pakej. Sekolah aku tawarkan 5 pakej (2 untuk aliran sains dan 3 untuk aliran sastera). Aku ambil aliran sastera pakej 3 iaitu subjek bahasa melayu, perniagaan & seni. Sekolah lain tak pasti ada berapa pakej. Pengajian am dengan muet “wajib” amik ya! Dan kena lulus kalau tak kena ulang balik. Kalau banyak gagal, peh nak ulang tu boleh muntah pelangi.😫 Jadi, masa ujian buat lah betul betul!
Aku nak pesan kat korang yang nak masuk form 6 tu abaikan je apa yang orang cakap. Amik yang positif, buang yang negatif! Yang nak belajar tu kau bukan dia. Dulu aku pernah kena pandang rendah dengan makcik bawang, dia kata form 6 ni takde class la takde masa depan la wahh sedap betul makcik cakap ya. Makcik ni tuhan ke tau masa depan orang? Ada yang kata masuk form 6 ni mesti result tak cantik eh jap makcik meh sini datang rumah saya. Saya tunjuk result spm ke nak saya print pastu tampal dekat rumah makcik senang la makcik nak tengok.
Okay la penat menaip, kerja banyak lagi tak siap. Bye bye semua jumpa lagi! 👋
eh sabar jap aku nak tunjuk gambar classmate aku ni hehe
sem 1-sebelum ni ada 12 orang (4 lelaki 8 perempuan)
pastu 3 orang berhenti & tinggal la 9 orang
masa ni sorang dah berhenti hm rindu zulaikha
Pelajar lelaki dah berhenti tinggal la kami berenam.
with cikgu Anida❤️
Meh makcik, tataplah gambar saya ni.😘
Okay dah, tu je gambarnya hehe sorry blur sbb buat blog guna phone. Doakan kami dapat result yang cemerlang tau. Bue muahh!
Comments
Post a Comment