Before end 2025
Hai semua! Sihat ke tu? Sekejap je dah bulan 9, lagi 3 bulan dah nak masuk tahun baru. Rasa macam cepat sangat lah masa berlalu.
Harini aku tetiba rajin nak buat blog tapi aku takde idea. Tajuk pun aku tak tau nak letak apa. Boleh tak kalau tak nak letak tajuk, biar kosong macam tu je. Aku nak temenung sekejap, mana lah tau tetiba ada idea. (10 HOURS LATER) Okay aku dah dapat idea! Jadi korang baca lah apa yang aku nak ceritakan ni.
Waktu sekolah rendah, apabila cikgu-cikgu tanya “Apa cita-cita awak?”. Maka dengan yakin, aku menjawab “Saya nak jadi polis, cikgu.” Rasa kelakar pula bila teringat balik. Kenapa kelakar? Sebab aku tak dapat pun jadi polis. Mungkin aku terlalu comel. Takut nanti penjenayah jatuh hati. Takpe lah aku pun dah redha. Sekarang, aku sedang menceburi dalam bidang pelancongan walaupun aku tak pernah terfikir nak ambil bidang ni. Bila aku masuk bidang ni aku rasa tercabar dan aku memang suka dengan cabaran. Sebelum aku masuk kerja, aku dilatih selama 4 hari di Hq. Waktu tu aku rasa macam aku salah buat keputusan. Nak menangis pun ada tapi aku tak boleh nak patah balik. Nak tak nak aku kena teruskan. Biasalah dalam kehidupan ni awal-awal tu memang susah, tapi bila dah lama sikit dah senang.
Masa pun berjalan dengan pantas, sekarang aku dah setahun lebih kerja di sini. Daripada tak tau pasal pelancongan, sekarang kalau orang tanya aku dah boleh jawab cehh. Yang mana aku tau, aku jawab lah. Bagi aku cabaran kerja di sini dari segi menguruskan pelanggan. Biasalah manusia kan ada pelbagai karenah. Jadi, kita perlu banyak bersabar. Kena marah dengan mereka adalah perkara biasa, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jangan ambil hati sangat apa yang mereka cakapkan.
Mana-mana kerja pun akan hadap perkara yang sama. Dapat klien/pelanggan yang baik dan mempermudahkan urusan orang itu aku sangat bersyukur. Kalau dapat klien/pelanggan yang banyak karenah juga aku bersyukur. Mungkin itu adalah cara Allah nak bagi pahala. Dalam hidup ini, kita perlulah berpositif tapi kena juga ada negatif sikit untuk keselamatan diri. Kalau sentiasa positif, risau orang ambil kesempatan.
Dah lah makin panjang aku buat ayat nanti jadi tunggang-langgang pulak. Mata aku ni tak boleh nak lelap sebab minum air kopi. Aku nak sambung tengok netflix. Siapa dah tengok cerita "Rumah untuk Alie"? Angkat siku. Cerita tu 2 kali tengok, 2 kali aku nangis dah macam orang putus cinta. Aku tak puas betul dengan ending dia. Ini tanda-tanda aku nak kena beli buku dia. (ehem aku dah beli dah bukunya hehe-edit 8/5/26) Bye, kita jumpa tahun depan!
~Before end 2025, I just want to thank myself for not giving up, for surviving the hard days, and for growing stronger in ways I never thought possible. xoxo~

Comments
Post a Comment