Posts

Showing posts from 2026

Ruang Hobi Sejagat

Image
 Assalamualaikum semua! Bertemu lagi kita dalam blog setahun sekali. Tempat korang hujan ke panas tu? Tempat aku ni setiap petang hujan, alhamdulillah rasa tenang nak buat blog.     Untuk blog kalini aku nak kongsikan mengenai hobi. Dalam kehidupan manusia, hobi bukan sekadar aktiviti sampingan. Ia adalah ruang untuk berehat, mengekspresikan diri dan juga mencari keseimbangan dalam rutin harian kita. Ada orang memilih hobi yang tenang seperti berkebun atau melukis, ada pula yang mengejar adrenalin melalui sukan lasak dan cabaran fizikal.      Agak-agak korang lah apa hobi aku. Cepat teka. Aku bagi masa dalam 5 saat. 1,2,3,4,5 trettttt. Masa dah habis. Jangan menaip lagi. Sebenarnya, aku ada 2 hobi cuma hobi pertama tiada siapa yang tahu. Kalau cikgu-cikgu tanya, aku hanya ceritakan hobi kedua. Sebab kalau aku ceritakan hobi pertama, hati aku rasa sakit hahaha berdrama ek aku ni. Takde lah, cuma aku takde sokongan untuk buat hobi pertama. Jadi, aku hanya ter...