Ruang Hobi Sejagat
Assalamualaikum semua! Bertemu lagi kita dalam blog setahun sekali. Tempat korang hujan ke panas tu? Tempat aku ni setiap petang hujan, alhamdulillah rasa tenang nak buat blog.
Untuk blog kalini aku nak kongsikan mengenai hobi. Dalam kehidupan manusia, hobi bukan sekadar aktiviti sampingan. Ia adalah ruang untuk berehat, mengekspresikan diri dan juga mencari keseimbangan dalam rutin harian kita. Ada orang memilih hobi yang tenang seperti berkebun atau melukis, ada pula yang mengejar adrenalin melalui sukan lasak dan cabaran fizikal.
Agak-agak korang lah apa hobi aku. Cepat teka. Aku bagi masa dalam 5 saat. 1,2,3,4,5 trettttt. Masa dah habis. Jangan menaip lagi. Sebenarnya, aku ada 2 hobi cuma hobi pertama tiada siapa yang tahu. Kalau cikgu-cikgu tanya, aku hanya ceritakan hobi kedua. Sebab kalau aku ceritakan hobi pertama, hati aku rasa sakit hahaha berdrama ek aku ni. Takde lah, cuma aku takde sokongan untuk buat hobi pertama. Jadi, aku hanya teruskan dengan hobi kedua.
Hobi kedua aku iaitu membaca. Dari kecil aku memang minat dengan buku. Aku ingat lagi masatu masih sekolah rendah, aku merajuk dengan parents sebab tak belikan buku. Aku baring bawah kerusi sampai tertidur, dah lah tak rasa kipas ya Allah panas wei. Dulu badan aku kecil, bila baring bawah kerusi tiada siapa yang nampak. Maka parents aku tercari-cari, kemana anak bongsunya ini pergi. Mereka ingat aku main kat luar tapi bila tengok tiada budak-budak main, lagipun masatu tengah hari. Biasanya budak-budak di taman ini akan mula bermain pada waktu petang. Mak aku cari-cari, rupanya anaknya baring bawah kerusi. Kesudahannya, parents aku belikan juga buku yang aku nak. Buku tu aku simpan sampai lah kebesar tapi bila dapat kat tangan anak buah aku, hancur terus bukunya. Takpe ucu maafkan. Aku akan cari buku tu sampai lah dapat.
Bila masuk sekolah menenangah, aku mula kumpul duit untuk beli novel. Setiap kali dapat duit belanja sekolah, aku akan simpan dalam tabung khas. Bila duit dah banyak, barulah aku beli. Dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah aku akan bawa bekal. Dari situ lah aku dapat simpan duit. Kalau ada kelas tambahan barulah beli makanan kat kantin. Wahai adik sekalian, jangan lah cakap tak sempat nak menabung. Kalau duit belanja dapat sehari rm2, maka 5 hari dah dapat rm10. 20 hari dah dapat rm40. Kalau 201 hari, kamu akan dapat rm402! Itu baru sehari rm2, kalau dapat duit belanja sehari rm5 fuhh lagi banyak. Maaf lah mengarut sampai buat kiraan, akak ni suka dengan duit. Jadi, adik fikir-fikirkan kah. Kehidupan kat luar tu keras dik. Okay dah sambung.
Kalau orang tanya dengan aku, “kenapa minat membaca?” Sejujurnya, bila aku membaca akan rasa satu ketenangan yang tak dapat nak diungkapkan. Aku rasa macam aku berada dalam dunia buku tu. Faham tak? Kalau tak faham, buat-buat faham je lah. Dengan membaca juga, aku dapat banyak ilmu, meningkatkan penulisan dan paling penting sel-sel otak dapat berhubung dengan baik. Semua genre aku minat. Kalau ada buku mengenai sejarah, aku baca kecuali buku teks sejarah. Aku pun tak tau lah kenapa bila buka buku teks sejarah, aku terus menguap. Tak tau lah buku tu masalah atau aku yang bermasalah. Adakah buku tersebut mempunyai sumpahan? Mari sama-sama kita berfikir.
Itu jelah untuk blog kalini, aku rasa macam buat karangan pula. Macam mana pula dengan hobi korang? Boleh share diruang comment hehe. xoxo

Comments
Post a Comment