Posts

Showing posts from June, 2021

Jom masuk form 6!

Image
Hi semua! dengar dengar result spm dah nak keluar, mesti ada yang pening kan nak sambung belajar kat mana. “Nak amik form 6 ke diploma ek hm? kata orang form 6 susah, ada yang kata form 6 ni takde masa depan hm macam mana ni.” Sudah jangan pening pening meh aku nak bagitau ni kelebihan masuk form 6.    Ouh ya sebelum tu aku nak cerita sikit la pasal form 6 ni. Form 6 atau dikenali melalui nama peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM adalah kursus pra-universiti yang diajar di beberapa sekolah menengah dan Kolej Tingkatan 6 di seluruh Malaysia. Program ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan ia mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat 2 jenis jurusan iaitu jurusan kemanusiaan dan jurusan sains.  Ha dah tau kan apa tu form 6. Jom kita tengok pulak kelebihannya: 1) Kos pengajian yang murah. Ni la salah satu sebab kenapa aku amik form 6. Kosnya tak sampai beribu pun dalam 200 ke 100 gitu la untuk jurusan kemanusiaan, kalau jurusan sains aku pun ak