TAMAT
Tamatlah tanggungjawabku sebagai seorang pelajar tingkatan 6 di SMK Dato' Bentara Luar. Akhirnya, 2 tahun aku kuatkan diri untuk habiskan tingkatan 6. Sepatutnya batch 20/21 habis bulan 12 tahun lepas tapi disebabkan kes covid makin meningkat, kami terpaksa extend sehingga bulan 6. Banyak ujian dan cabaran yang aku perlu hadap terutama sekali waktu online class, satu ape aku tak faham. Pengajian Am belajar bersemuka pun aku tak faham inikan pula belajar secara online. Sejujurnya, masa sem 2 aku memang nak berhenti tapi bila fikir balik rasa menyesal pulak, lagi sikit je nak habis. Haih otak ni rasa nak pecah. Alhamdulillah, aku dapat kuatkan mental sehinggalah sekarang.
Aku bersyukur dikelilingi dengan kawan yang baik, supportive dan paling penting jenis masuk air. Kadang tengok muka diorang pun boleh rasa nak tergelak, biasalah mudah terhibur memang macam ni. Terus hilang stress aku. Aku dah anggap diorang ni macam adik beradik aku. Setiap minggu, mesti ada satu hari kami pakai baju warna yang sama dan takde plan pun. Mungkin kebetulan je. Rindu nak berbual, tidur dan belajar sama-sama dekat meja belakang. Berbeza tau kalau berbual secara bersemuka dengan berbual dalam phone, rasa dia tu lain sangat. Fahamkan? Hm rindu nak usik diorang.
Rindu juga dekat monyet sekolah lagi-lagi monyet yang suka gegar grill kelas sebelah. Monyet ni pukul 7 dah tunggu depan kelas. Sweet tau monyet sekolah kitorang ni. Biasanya monyet-monyet ni datang hari isnin sampai khamis, hujung minggu tak tau sebab tak sekolah. Kalau hari ahad monyet ni tak datang, cuti katanya. Monyet ni pandai tau bila PERHILITAN datang, sekor pun takde datang sekolah. Lagi satu, monyet ni kalau datang sekolah mesti masuk surau asrama. Aku syak monyet-monyet ni solat dhuha berjemaah. Alhamdulillah monyet sekarang dah bagus. Walaupun diorang ni nampak ganas tapi ada masa comel. Kenangan dengan monyet ni memang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Bukan setakat monyet je yang ada, lotong yang mata besar tu dengan kaki sondol. Agak--agak haiwan apa yang suka sondol orang? Cuba teka hehehe. Lotong ni dalam gambar nampak comel, bila depan-depan huhuhu seram nyah. Kitorang tak payah pergi zoo, dekat sekolah dah ada. Jimat duit aku.
Alhamdulillah, rezeki aku dapat cikgu yang baik, kelakar dan paling penting sekali selalu bagi semangat bila aku lemah tahap kritikal. Terima kasih cikgu-cikgu tingkatan 6 yang banyak beri tunjuk ajar terutama sekali Encik Azmi, Puan Nor Anida, Puan Hasnah, Puan Aslina, Sir Khairul dan Madam Juliah. Terlalu banyak ilmu yang aku dapat sampai terkeluar daripada otak huhu. Terima kasih juga pada kawan sekelas ku yang banyak tolong dari A sampai Z. Sayang korang ketat ketat! Nanti dah sambung belajar jangan lupa aku tau! Sematkan lah namaku dalam hati kalian hehehe.
Ada yang tanya tingkatan 6 ni susah tak? Tak susah pun, kalau korang ni rajin dan dengar apa yang cikgu ajar. Nak main-main boleh, selitkan sikit rajin tu. Kitorang ni pun banyak main alhamdulillah boleh bawa. Best masuk tingkatan 6! Belum cuba belum tahu, jadi cubalah dulu. Itu saja yang aku nak cerita kat korang. Bye bye!
Comments
Post a Comment