Posts

TAKDE TAJUK

Hai semua! Sihat ke tu? Sekejap je dah bulan 9, lagi 3 bulan dah nak masuk tahun baru hm. Rasa macam cepat sangat lah masa berlalu.       Harini aku tetiba rajin nak buat blog tapi aku takde idea. Tajuk pun aku tak tau nak letak apa. Boleh tak kalau tak nak letak tajuk, biar kosong macam tu je. Aku nak temenung sekejap, mana lah tau tetiba ada idea. (10 HOURS LATER) Okay aku dah dapat idea. Blog untuk harini aku nak kongsikan cabaran sepanjang bekerja di sebuah syarikat travel umrah. Syarikat mana tu biarlah rahsia hehehe.       Sebenarnya aku tak sangka aku boleh menceburi dalam bidang travel umrah ni. Cita-cita aku ni nak jadi polis tapi polis pula tak nak aku sebab comel sangat.Takut nanti penjenayah jatuh hati. Takpe lah aku pun dah redha. Disebabkan aku suka dengan cabaran, jadi aku ambil keputusan untuk masuk bidang travel umrah ni walaupun aku takde basic. Sebelum aku masuk kerja, aku dilatih selama 4 hari di Hq. Waktu tu aku rasa macam aku...

2024

Image
Hi semua! Sihat ke tu? Tinggal beberapa hari saja nak masuk tahun 2025. Tapi aku masih tak tahu nak buat blog apa huhu. Idea tu dah ada tapi otak aku ni tak dapat nak beri kerjasama untuk karang ayat. Sekarang ni pun aku sibuk dengan kerja, tak sempat nak buat blog. Balik rumah jarang bukak phone. Kalau cuti lagi lah memang tak pegang phone langsung. Kita ni memanfaatkan cuti dengan qada tidur hahaha. Harini aku free, jadi aku nak buat blog sikit lah.     Tahun 2024, bagi aku tahun yang biasa biasa je. Nak kata mencabar pun takde lah mencabar sangat. Aku tak suka serabutkan kepala, kalau ada cabaran pun aku layan je. Alhamdulillah, tahun ni aku dapat juga capai salah satu impian aku. Macam biasa dalam hidup ini, ada masanya seronok, ada masa sedih, ada masa tertekan hm macam-macam lah. Apa-apa pun kehidupan ni kita kena lah teruskan. Kalau rasa tertekan, buatlah benda yang boleh kurangkan tekanan. Contohnya, tidur hehe ataupun buat benda yang kau suka lah. Kalau macam aku ni m...

SI BUDAK BUSHUK

Image
Hallooo semua! akhirnya, setelah setahun kita bertemu juga hehe. Aku ada banyak benda nak share kat korang ha nak tau tak? kalau nak tau sambung lah baca, kalau tak nak kena baca juga! Korang dah tekan link ni kena lah baca. 😉 hi uncle! hi aunty!      Harini aku nak share sikit pengalaman aku jaga anak buah sehingga usianya 10 bulan. Aku hanya bagitau nama panggilan manja dia je lah. Aku panggil dia "bushuk" sebab dalam banyak-banyak bau busuk, bau busuk dia saja yang aku boleh terima. Hari-hari bau pun aku tak kisah.      Minggu pertama bushuk tinggal dengan kami, aku hanya memerhati apa yang madam buat dan ada juga tolong mana yang patut. Masuk minggu kedua, aku beranikan diri untuk dukung bushuk. Mula-mula dukung tu ada rasa menggigil sebab dah lama tak pegang baby. Aku pun beranikan diri bagi susu, mandikan, uish terketar-ketar tangan aku. Bagi aku benda ni sangat mencabar sebab dah lama tak uruskan baby. Biasanya, aku uruskan budak yang usianya 1 hing...

TAMAT

Image
Selasa, 21 Jun 2022.     Tamatlah tanggungjawabku sebagai seorang pelajar tingkatan 6 di SMK Dato' Bentara Luar. Akhirnya, 2 tahun aku kuatkan diri untuk habiskan tingkatan 6.  Sepatutnya batch 20/21 habis bulan 12 tahun lepas tapi disebabkan kes covid makin meningkat, kami terpaksa extend sehingga bulan 6. Banyak ujian dan cabaran yang aku perlu hadap terutama sekali waktu online class, satu ape aku tak faham. Pengajian Am belajar bersemuka pun aku tak faham inikan pula belajar secara online. Sejujurnya, masa sem 2 aku memang nak berhenti tapi bila fikir balik rasa menyesal pulak, lagi sikit je nak habis. Haih otak ni rasa nak pecah. Alhamdulillah, aku dapat kuatkan mental sehinggalah sekarang .      Aku bersyukur dikelilingi dengan kawan yang baik, supportive dan paling penting jenis masuk air. Kadang tengok muka diorang pun boleh rasa nak tergelak, biasalah mudah terhibur memang macam ni. Terus hilang stress aku. Aku dah anggap diorang ni macam adik bera...

Jom masuk form 6!

Image
Hi semua! dengar dengar result spm dah nak keluar, mesti ada yang pening tak tau nak sambung belajar kat mana. “Nak amik form 6 ke diploma ek hm? kata orang form 6 susah, ada yang kata form 6 ni takde masa depan hm macam mana ni.” Sudah jangan pening-pening, meh aku nak bagitau ni kelebihan masuk form 6.    Ouh ya sebelum tu aku nak cerita sikit la pasal form 6 ni. Form 6 atau dikenali melalui nama peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM adalah kursus pra-universiti yang diajar di beberapa sekolah menengah dan Kolej Tingkatan 6 di seluruh Malaysia. Program ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan ia mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat 2 jenis jurusan iaitu jurusan kemanusiaan dan jurusan sains.  Ha dah tau kan apa tu form 6. Jom kita tengok pulak kelebihannya: 1) Kos pengajian yang murah. Ni la salah satu sebab kenapa aku amik form 6. Kosnya tak sampai beribu pun dalam 200 ke 100 gitu la untuk jurusan kemanusiaan, kalau jurus...

Muffin Pisang

Image
               Assalamualaikum semua, sorry la dah lama tak buat blog hehe busy lah. So, harini macam biasa aida nak share resipi muffin pisang. Bila lapar bole la buat, lagi-lagi musim cuti sekolah ni kan asik nak makan jek hehe. Okay jom kita mulakan. Bahan-bahannya: 1)Pisang 2 cawan (wajib ada) 2)Telur 2 biji 3)Tepung gandum 3 cawan 4)Gula 1 cawan 5)Esen vanilla 1 penutup 6)Serbuk baking powder 1 sudu teh 7)Minyak masak 1 cawan 8)Margerin(sapu pada loyang) Ha bila semua bahan dah ada bole la kita buat muffin pisang, sebelum tu sediakan bahan dulu supaya tak serabut. Okay jom tengok cara-caranya: 1)Tepung dan serbuk baking powder diayak. 2)Telur, gula , pisang dan esen vanila diblend sampai kembang. 3)Bahan yang dah diblend tu masukan dalam mangkuk adunan. Masukan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit dan gaul sampai habis tepung . 4)Masukan minyak masak. Kacau perlahan lahan sampai adunan sebati. 5)Panas kan oven ...

APAM NASI

Image
Assalamualaikum and hai uolls!     Haa siapa dekat sini tak tau nak buat apa dengan lebihan nasi. Takkan  hari-hari nak masak nasi goreng boring lah kan. Nak buang sayang hm rasanya apa yang boleh kita buat dengan nasi lebih ni ek? - ayat orang johor ni  ek hehe.     Okay aida dah ada idea, apa kata kita buat kuih apam nasi! Haih sedapnya kalau cicah dengan kelapa ! So, jom kita tengok apa bahan yang kita boleh guna untuk buat apam nasi : 1) 2 cawan nasi 2) 2 1/2 cawan air 3) 1 1/2 cawan gula 4) 2 cawan tepung beras 5) 2 cawan tepung gandum 6) 1 paket kecil mauripan Cara-caranya : 1) Semua bahan masuk dalam blender 2) Perap selama 1-2 jam(kalau nak lagi gebu perapkan selama 2 jam) 3)Guna acuan kecik dan sapukan minyak pada acuan tersebut 4)Kukus selama 10-15 minit  Kepada sesiapa yang tak tau pengukus tu ape, ni lah benda nya                          ...