Posts

PENGALAMAN JAGA "BUSHUK"

Image
Hallooo semua! akhirnya, setelah setahun kita bertemu juga hehe. Aku ada banyak benda nak share kat korang ha nak tau tak? kalau nak tau sambung lah baca, kalau tak nak kena baca juga! Korang dah tekan link ni kena lah baca. 😉 hi uncle! hi aunty!      Harini aku nak share pengalaman aku jaga anak buah dari dia 3 hari sampai lah umur dia 10 bulan. Aku hanya bagitau nama panggilan manja dia je lah. Aku panggil dia "bushuk" sebab dalam banyak-banyak bau busuk, bau busuk dia yang aku boleh terima. Hari-hari bau pun aku tak kisah.      Pada minggu pertama bushuk tinggal dengan kami, aku hanya memerhati apa yang madam aku buat dan ada juga tolong mana yang patut. Masuk minggu kedua aku beranikan diri untuk dukung bushuk. Mula-mula dukung tu ada rasa menggigil sebab dah lama tak pegang baby. Aku pun beranikan diri bagi susu, bukakkan baju sebab nak mandi. Perkara ni bagi aku sangat mencabar sebab dah lama tak uruskan baby. Biasanya aku uruskan budak 1-3 tahun. Oh ya dulu madam aku

TAMAT

Image
Selasa, 21 Jun 2022.     Tamatlah tanggungjawabku sebagai seorang pelajar tingkatan 6. Akhirnya, 2 tahun aku kuatkan diri untuk habiskan tingkatan 6.  Sepatutnya batch 20/21 habis bulan 12 tahun lepas tapi disebabkan kes covid makin naik, kami terpaksa extend sampai bulan 6. Banyak ujian dan cabaran yang aku kena hadap terutama sekali waktu online class, satu ape aku tak faham. Pengajian Am belajar bersemuka pun aku tak faham inikan pula belajar secara online. Sejujurnya, masa sem 2 aku memang nak berhenti tapi bila fikir balik rasa menyesal pulak, lagi sikit je nak habis. Haih rasa nak pecah otak ni. Alhamdulillah aku dapat kuatkan mental sampailah sekarang .      Aku bersyukur dikelilingi dengan kawan yang baik, supportive dan paling penting jenis masuk air. Kadang tengok muka diorang pun boleh nak tergelak, biasalah mudah terhibur memang macam ni. Terus hilang stress aku. Aku dah anggap diorang ni macam adik beradik aku. Setiap minggu, mesti ada satu hari kitorang pakai baju warna s

Jom masuk form 6!!

Image
Hi semua! dengar dengar result spm dah nak keluar, mesti ada yang pening kan nak sambung bljr kat mana. “Nak amik form 6 ke diploma ek hm? kata orang form 6 susah, ada yang kata form 6 ni takde masa depan hm mcm mane ni.” Sudah jangan pening pening meh aku nk bagitau ni kelebihan masuk form 6.    Ouh ya sebelum tu aku nk cerita sikit la pasal form 6 ni. Form 6 atau dikenali melalui nama peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM adalah kursus pra-universiti yang diajar di beberapa sekolah menengah dan Kolej Tingkatan 6 di seluruh Malaysia. Program ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan ia mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat 2 jenis jurusan iaitu jurusan kemanusiaan dan jurusan sains.  Ha korang dah tau kan ape tu form 6 so kita tengok pulak kelebihannya: 1) Kos pengajian yang murah Ni la salah satu sebab kenapa aku amik form 6. Kosnya tak sampai beribu pun dalam 200 ke 100 gitu la utk jurusan kemanusiaan kalau jurusan sains aku tak igt. Dui

Muffin Pisang

Image
               Assalamualaikum semua, sorry la dah lama tak buat blog hehe busy sangat. So, harini macam biasa aida nak buat muffin pisang. Bila lapar bole la buat lagi lagi musim cuti sekolah ni kan asik nak makan jek hehe. Okay jom kita mulakan. Bahan-bahannya: 1)Pisang 2 cawan (wajib ada) 2)Telur 2 biji 3)Tepung gandum 3 cawan 4)Gula 1 cawan 5)Esen vanilla 1 penutup 6)Serbuk baking powder 1 sudu teh 7)Minyak masak 1 cawan 8)Margerin(sapu pada loyang) Ha bila semua bahan dah ada bole la kita buat muffin pisang, sebelum tu sediakan bahan dulu supaya tak serabut. Okay jom tengok cara-caranya: 1)Tepung dan serbuk baking powder diayak. 2)Telur, gula , pisang dan esen vanila diblend sampai kembang. 3)Bahan yang dah diblend tu masukan dalam mangkuk adunan. Masukan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit dan gaul sampai habis tepung . 4)Masukan minyak masak. Kacau perlahan lahan sampai adunan sebati. 5)Panas kan oven dengan suhu 150 selama 5-10minit. 6)Masukan

APAM NASI

Image
Assalamualaikum and hai uolls!     Haa siapa dekat sini tak tau nak buat apa dengan lebihan nasi. Takkan  hari-hari nak masak nasi goreng boring lah kan. Nak buang sayang hm rasanya apa yang boleh kita buat dengan nasi lebih ni ek? - ayat orang johor ni  ek hehe.     Okay aida dah ada idea, apa kata kita buat kuih apam nasi! Haih sedapnya kalau cicah dengan kelapa ! So, jom kita tengok apa bahan yang kita boleh guna untuk buat apam nasi : 1) 2 cawan nasi 2) 2 1/2 cawan air 3) 1 1/2 cawan gula 4) 2 cawan tepung beras 5) 2 cawan tepung gandum 6) 1 paket kecil mauripan Cara-caranya : 1) Semua bahan masuk dalam blender 2) Perap selama 1-2 jam(kalau nak lagi gebu perapkan selama 2 jam) 3)Guna acuan kecik dan sapukan minyak pada acuan tersebut 4)Kukus selama 10-15 minit  Kepada sesiapa yang tak tau pengukus tu ape, ni lah benda nya                             Ini adunan yang dah diperap selama 2 jam   Okay ni lah acuan yang aida guna, yang dalam mangk

KEK COKLAT TANPA TELUR

Image
  Assalamualaikum semua! harini aida nak buat kek tanpa telur. Maklumlah akhir-akhir bulan ni kan banyak barang dah habis dalam simpanan, nak pergi kedai pun takde sape yg nak bawa. So, aida pun cuba lah buat kek tanpa letak telur. Pelik? Boleh jadi kek ke? Haa korang kena buat dulu. Rasanya memang sedap boh! 👍 Bahan-bahan: •1 cawan tepung gandum •1/2 cawan serbuk koko •1/2 cawan minyak masak •1/2 cawan gula •1/2 cawan susu pekat •1 tsp baking powder •1 tsp esen vanila •1cawan air panas Cara-cara: 1) Satukan bahan basah dan blend hingga sebati 2) Tapiskan tepung gandum dan serbuk koko 3)Tuangkan bahan basah tadi ke dalam bekas 4) Kacau sehingga sebati 5) Sapukan sedikit butter pada loyang / tupperware supaya kek tak melekat 6) Letak adunan tersebut ke dalam loyang / tuppeware 7) Kukus selama 25 minit (api besar) Dah siap! Haa senang kan? Kalau korang nak letak coklat kat atas kek tu pun bole tapi aida tak letak sebab aida tak suka makanan yang manis sangat. Ta

Brownies semanis senyumanmu

Image
        Assalamualaikum semua! Hujan hujan ni mesti sedapkan makan manis manisan. Ok harini aida nak buat brownies. Sebenarnya buat brownies ni senang je. Jom kita tengok bahan yang perlu digunakan ! Bahan-bahan: 1) Tepung kek  ( 110gram / 1 cup ) 2) Butter ( 170 gram / 3/4 cup ) 3) Telur (3 biji ) 4) Gula perang  ( 180 gram / 7/8 cup ) 5) Coklat beryls - dark compound (450 gram / 1 1/3 cup) 6) Kertas minyak Cara-cara: 1) Cairkan coklat beryls dan butter. 2) Masukkan gula perang dan telur ke dalam bekas. 3) Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas tersebut. 4) Lepas dah gaul masukkan pula tepung kek. 5) Potong kertas minyak mengikut loyang yang disediakan. Pastikan kertas minyak dipotong lebih supaya lebih mudah mengeluarkan brownies apabila sudah siap. 6) Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang. 7) Sebelum membakar pastikan oven sudah dipanaskan dan baru boleh masukkan loyang.  *suhu oven : 150 (15 minit) PERINGATAN! •JANGAN POTONG BROWNIES KE