Brownies semanis senyumanmu

     


  Assalamualaikum semua! Hujan hujan ni mesti sedapkan makan manis manisan. Ok harini aida nak buat brownies. Sebenarnya buat brownies ni senang je. Jom kita tengok bahan yang perlu digunakan !


Bahan-bahan:

1) Tepung kek  ( 110gram / 1 cup )
2) Butter ( 170 gram / 3/4 cup )
3) Telur (3 biji )
4) Gula perang  ( 180 gram / 7/8 cup )
5) Coklat beryls - dark compound (450 gram / 1 1/3 cup)
6) Kertas minyak


Cara-cara:

1) Cairkan coklat beryls dan butter.
2) Masukkan gula perang dan telur ke dalam bekas.
3) Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas tersebut.
4) Lepas dah gaul masukkan pula tepung kek.
5) Potong kertas minyak mengikut loyang yang disediakan. Pastikan kertas minyak dipotong lebih supaya lebih mudah mengeluarkan brownies apabila sudah siap.
6) Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang.
7) Sebelum membakar pastikan oven sudah dipanaskan dan baru boleh masukkan loyang. 

*suhu oven : 150 (15 minit)

PERINGATAN!
•JANGAN POTONG BROWNIES KETIKA PANAS KERANA IA AKAN HANCUR. TUNGGU BEBERAPA MINIT DAN BARU BOLEH POTONG. 😉

Lepas dah potong boleh lah letak nutella ke, coklat cadbury ke atas brownies tu.


Senang jek kan nak buat brownies. Haa lepas ni korang boleh buat brownies untuk parents, kawan² atau kekasih korang eh. Mesti diorang suka. Ok lah sampai disini saja. Bye  🙋






Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN JAGA "BUSHUK"

TAMAT