Jom masuk form 6!

Hi semua! dengar dengar result spm dah nak keluar, mesti ada yang pening tak tau nak sambung belajar kat mana. “Nak amik form 6 ke diploma ek hm? kata orang form 6 susah, ada yang kata form 6 ni takde masa depan hm macam mana ni.” Sudah jangan pening-pening, meh aku nak bagitau ni kelebihan masuk form 6. Ouh ya sebelum tu aku nak cerita sikit la pasal form 6 ni. Form 6 atau dikenali melalui nama peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM adalah kursus pra-universiti yang diajar di beberapa sekolah menengah dan Kolej Tingkatan 6 di seluruh Malaysia. Program ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan ia mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat 2 jenis jurusan iaitu jurusan kemanusiaan dan jurusan sains. Ha dah tau kan apa tu form 6. Jom kita tengok pulak kelebihannya: 1) Kos pengajian yang murah. Ni la salah satu sebab kenapa aku amik form 6. Kosnya tak sampai beribu pun dalam 200 ke 100 gitu la untuk jurusan kemanusiaan, kalau jurus...